Ratu England keturunan Arab?

QE semasa muda
QE Ratu England














            Percayakah kamu Queen Elizabeth II mempunyai darah keturunan nabi Muhammad SAW? Memang benar tetapi bukan lah keturunan langsung dari nabi Muhammad. Mereka-mereka yang mempunyai keturunan langsung ialah seperti Saddam Hussein dan Raja Hussein Jordan. Juga mereka yang bergelar Syed, Sayid Syarif. Susur galur ketrunan Queen Elizabeth mempunyai banyak sekali pertalian dengan ramai kerabat raja-raja eropah. Keturunan pertalian terus baginda Queen pertama sekali daripada King Alfred Raja Mercia iaitu kerajaan purba di England abad ke 8. Sepanjang tempoh peredaran masa 1,400 tahun raja-raja England bersilih-ganti begitu juga dengan perkahwinan putera-putera raja Di England dengan puteri raja dari kerajaan asing untuk persahabatan kepada raja & kerajaan asing. seperti Denmark, Sweden, Prussia, German, Portugal, Sepanyol, Holland juga Russia. Terdapat juga darah keturunan Armenia, Byzantine, Greek, Croatia, Cuman Mongols, Czech, English, French, Georgian, Irish, Itali, Kazar, Lithuania, Parsi, Poland, Romania, Scottish, Serbia Ukraine dan Wales dikalangan kerabat-kerabat raja England.


King Alfred Of Mercia



King Edward IV


        Pada tahun 1442 Kig Edward IV iaitu keturunan langsung Queen Elizabeth dilahirkan. Bapanya ialah Richard Plantagenet 3rd of York (1375-1415) , datuknya pula ialah Richard of Conisburgh 3rd Earl of Cambridge anak kepada Edmund of Langley 1st Duke of York dan Isabella of Castile Duchess of York (1355-1392). Isabella ialah anak kepada Raja kerajaan Castile Y Leon King Peter1(350- 1369) di Sepanyol. Ibu kepada Isabella ialah Maria Padilla (1335-1365) anak kepada Juan Garciez de Padilla ibunya ialah Meria de Henestrona ibunya Aldonza Ramirez ibunya Sancha Rodriguez de Lara ayahnya Rodrigo Rodriguez de Lara (lahir 1123) ibunya Sancha de Castile (lahir 1100) ibunya Zaida (1075-1107) yang di baptis sebagai kristian mengahwini Alfonso VI, king of Leon & Castile pada 1098. Bapa Zaida ialah Abul-Kasim Muhammad ben Abbad al Mu'tamid Emir kerajaan Seville (1045-1095) anak kepada Abu Amr Abbad ben Muhammad al-Mu'tamid (meninggal pada1042) anak kepada Kadi Abul-Kasim Muhammad I (lahir 1042) anak kepada Ismail Imam bandar Seville anak kepada Qarais anak kepada Abbad anak kepada Amr II anak kepada Aslan anak kepada Amr I anak kepada Itaf (lahir 742) anak kepada Naim al-Lakhmi II anak kepada Na'im al-Lakhmi.I ibunya Zohra "al-Lakhmi anak perempuan kepada Husain (lahir 669) anak kepada Al Hasan (670) ibunya Fatimah anak perempuan nabi Muhammad SAW (570-632 masihi)
       Memang Queen Elizabeth ada sedikit darah Arab dan Sepanyol di dalam DNA nya tetapi itu tidak bermakna baginda berugama Islam atau berbangsa Arab atau pun juga bangsa Sepanyol. Juga tidak bermakna dia berbangsa Russia kerana salah seorang dari datuknya ialah keturunan Maharaja Csar Russia Peter the Great dan Catherine the Great. Baginda berbangsa Inggeris (English) mengikut budaya dan cara hidup dimana beliau dilahirkan, dibesarkan sehingga menjadi Ratu pemerintah kerajaan British. Mengikut susur galur yang rasmi keturunan Ratu Elizabeth mestilah mengikut jejak-jejak pemerintah England terus kepada Raja-raja Anglo-Saxon, Viking sehinggalah kepada King Alfred pemerintah Mercia sebuah kerajaan purba Anglo-Saxon abad ke 8 di England.     
  

      Bagaimana pula dengan susur galur keturunan kamu? Kamu mungkin tidak dapat menyangka mana tahu salah seorang datuk anda yang ke 200 itu seorang Raja! Atau pun mungkin seorang perompak? Bangsa mereka, bangsa yang kamu tidak terlintas untuk difikirkan? Walau bagaimana pun susah lah kita hendak mengetahui susur galur keturunan kita kepada seseorang individu di masa lampau tanpa rekod dan catitan oleh orang-orang terdahulu. Ujian DNA boleh menyusur kepada bangsa atau keturunan mengikut haplogroup Y yang diperturunkan hanya oleh lelaki seperti dari datuk kepada anak dan cucu cicit.

------------------------------------------------------------------------------------



       



         Cuba kamu susur seorang yang hidup 200 tahun dahulu. Hari ini dia mungkin sudah mempunyai lebih kurang 2,000 orang keturunan & mereka-mereka yang berkongsi keturunan ini juga hasil perkahwinan dari susur orang-orang lain dari semenjak 200 tahun dahulu. Maknanya kalau kita kesan balik leluhur seseorang, kita mungkin mengikut jalur keturunan dari sebelah bapa atau dari sebelah emak. Dari sebelah bapa susurnya pun berpecah kepada sebelah bapa atau emak kepada bapa orang itu. Bukan sahaja yang complex jalur-jalur kepada asal keturunan seseorang, begitu juga sejarah politik, kebudayaan & muzik dunia. Jadi boleh lah kita sama kan seperti menyusur jalan-jalan sejarah ke masa-masa zaman dahulu yang bersimpang siur. 

 DNA ataupun dipanggil Deoxyribo nucleic acid, click sini


"Family tree" kepada President of The United States 

Barack_Obama.    

"Family tree" ertinya susur jalur keturunan. 
Click dengan mouse gambar diatas kalau nak lihat imej lebih besar.


Kepada yang terbaca tulisan ini, cuba kamu selidik pula susur galur keturunan atau salasiah kamu sendiri, bukan orang lain punya susur galur tetapi susur galur kamu sendiri, dari nama kamu sehingga nenek moyang kamu, sehinggalah nenek moyang kepada nenek moyang kamu & seterusnya kepada orang-orang yang terdahulu dari nenek moyang kamu. 

Dapatkah kamu menyusur jalur keturunan kamu?

Kalau boleh, mungkin kamu akan faham betapa perjalanan sejarah juga seperti susun galur keturunan seseorang, bersimpang siur, banyaknya jalan & tidak tertumpu pada satu punca sahaja,

seperti juga sejarah bahasa, kebudayaan atau muzik.

"Family tree" atau susur galur keturunan di Amerika & Eropah ada yang boleh dikesan kerana sudah ada terdapat rekod-rekod mengenai pendaftaran kelahiran di Amerika sejak 200 tahun dahulu & keluarga-keluarga ternama di Eropah atau Amerika biasanya menyimpan rekod mengenai "family tree" mereka. Di Asia tenggara mungkin susah untuk kita menyusur keturunan sehingga 200 atau beratus-ratus tahun dahulu kerana rekod kelahiran hanya diperkenalkan kepada orang tempatan oleh orang British & orang Eropah lain sejak 80 atau 60 tahun dahulu. Atau sekiranya mereka seorang Raja atau sultan akan terdapat rekod yang disimpan mengenai keturunan salasiah mereka dari generasi yang tedahulu.

Seorang manusia di dalam dunia juga mempunyai "family tree"nya sendiri.

Mungkin ada orang yang tidak percaya mereka mempunyai susur jalur keturunan seperti itu, kerana mungkin mereka itu bukan manusia, tetapi robot atau makhluk asing dari planet luar dari sistem solar kita, atau mereka memang tidak faham langsung atau pun mereka mempunyai otak seperti kanak-kanak.



Jawab cepat! Berapa orang nenek-moyang kau?




Family Tree & Evolution