Enjin Kereta Dan Motorsikal


Motorcycle

Motorcycle atau motosikal pertama dibina orang Perancis Pierre Michaux, seorang tahun 1867 menggunakan enjin stim (kuasa wap). Motosikal pertama sebenarnya adalah basikal yang mengguna enjin untuk memutar roda, begitu juga rekaan seterusnya oleh org Amerika 1868 Sylvester H. Roper yg guna kuasa stim. Motosikal berkuasa petroleum dibina oleh org German Gottlieb Daimler & Wilhelm Maybach di Bad Cannstatt 1885 juga basikal di letak enjin pembakaran dalam guna minyak petrol di ikuti oleh pengeluaran motorsikal oleh kilang-kilang di France, Germany, England & America.




Harley Davidson 1954

Sebelum perang pertama kedua banyak motorsikal di keluarkan oleh nama seperti Royal Enfield 1901, Triumph 1902, Harley Davidson 1903 & Indian Motorcycle 1901. 1911- Berkley California Police Department telah memulakan rondaan motosikal polis pertama di USA. Harley pengeluar terbesar yg diganti kemudian oleh DKW. BMW-1923 motosikal guna shaft drive. Selepas perang dunia kedua bekas askar Amerika menjumpai keseronokan kelajuan seperti dalam peperangan lepas di atas motosikal. Kumpulan penunggang bermotosikal di tubuh & menjadi perkembangan social baru di US dpanggil "Bikers" yang digambarkan dalam filem samseng 1954 lakonan Marlon Brando The Wild One. Motosikal scooter rekaan designer Italy Piaggio mengeluar Vespa 1946.
Hell's Angels 1960's

Banyak kumpulan penunggang motorsikal liar ditubuh oleh samseng yg terkenal Hell's Angel di California pada 1970an yg menggunakan 'chopper' atau motorsikal harley kuasa besar yg dipotong dipanjang kan rod depan. Motosikal chopper terkenal setelah dipapar dalam filem Easy rider 1969. Motosikal kuasa besar synonym dengan muzik rock n roll dan hard rock pada era 60an, 70an & 80an. Honda mula memasarkan keluaran four-cylinder CB750 mereka pada 1969. Hari ini Jepun telah mengatasi penjualan motor eropah & amerika dengan motosikal dari Suzuki, Kawasaki & Yamaha. Motorsikal Honda Cub yg diperkenal sejak thn 1958 telah terjual sebanyak 60 juta seluruh dunia. Honda cub juga motosikal paling tahan lasak. Di negara Vietnam yang aman damai itu motosikal paling banyak dari kereta & juga pengangkutan utama di negara itu.



Asal Usul Perkataan "Kereta" 

Carreta di Portugal
Perkataan 'kereta' berasal dari perkataan Portuguese -- 'carreta' kalau dalam English ia bermaksud 'carriage' atau kereta kuda. Perkataan ini mungkin masuk dalam perbendaharaan kata bahasa melayu semasa pendudukan Portuguese di Melaka. Kerana orang Asia Tenggara tidak menggunakan kereta kuda atau kereta lembu sebelum kedatangan Orang Eropah. Perkataan English untuk 'car' juga dari singkataan 'carriage" bahasa English.
Orang portuguese Eropah bukan 'kristang' atau 'kastilang'.




Internal Fuel Combustion Engine - Enjin pembakaran dalam

Kereta berenjin 'internal fuel combustion' pertama 1886
Bunyi engine kereta atau motorsikal mungkin kedengaran seperti muzik bagi seorang yang tidak tahu membezakan bunyi. Dalam mata pelajaran sains disekolah kamu ada di ajar mengenai tenaga. Bunyi engine terbit dari punca tenaga kimia iaitu daripada pembakaran minyak manakala bunyi dari muzik terbit dari punca tenaga elektrik seperti loudspeaker atau amplifier & pukulan dari tenaga manusia ke atas alat gendang atau drum. Tidak ada orang dalam dunia ini yang membuat bunyi rakaman muzik dari bunyi letupan dalam cylinder engine.     

Kereta berenjin pembakaran dalam ialah ciptaan orang German Carl Benz 125 tahun dahulu (tahun 1886). Porsche,Mercedes Benz, BMW nama pengeluar kereta German. Di dalam sebuah engine kereta & motorsikal, tidak kira lah yang pertama atau yang paling termoden terdapat letupan terkawal (control explosion) didalamnya. 4 bahagian yang berlaku apabila engine diyalakan. 1-Intake stroke=pengambilan udara masuk kedalam cylinder. 2-Compression stroke=udara dimampat & dicampur minyak. 3-Power stroke= udara yang mampat campur minyak dinyala/dibakar. Apa bila udara yang mampat dalam cylinder dibakar gas  mengembang dengan cepat menolak piston kebawah & memusing aci engkol seterusnya menggerakkan roda melalui gear & gandar. Contohnya jika 2,000 rpm (revolution per minute) ia berpusing maknanya 1,000 rpm udara masuk cylinder, 1,000 rpm lagi udara meletup / mengembang. Bunyi Engine yang keluar dari exhaust pipe itu ialah bunyi letupan berturut-turut, cuma ia dikurangkan oleh muffler dalam exhaust pipe. Bunyi letupan itu sama seperti bunyi mercun atau bunyi ledakan pistol. Sebelum petroleum dilombong secara besar-besaran dulu, ada pencipta barat yang mahu membuat engine pembakaran dalam (internal combustion) menggunakan bahan api dari ubat bedil, serbuk peluru & serbuk mercun. Bagaimana pun idea itu ditinggalkan kerana kesulitan untuk mengalirkan bahan api kering itu ke dalam cylinder & bahaya dari ubat bedil. Abad ke 19, petroleum sudah dilombong kecil-kecilan sebagai bahan untuk "minyak tanah" untuk lampu. Penciptaan engine internal fuel combustion menyebabkan permintaan kepada minyak mentah petroleum meningkat & sekaligus mempercepatkan pembangunan industry modern. Henry Ford memulakan pengeluaran kereta dari kilang kereta pertama dunia secara besar-besaran dengan Model-T  pada  1908. Kalau nak start engine kereta ini kena pusing dulu crank starter nya macam motorsikal.
Crank engine Ford Model-T 1908




Lihat video apa yang berlaku dalam engine.


Ford Mustang 1968 (ford mas-teng)



Bunyi Muzik Dari Enjin Pesawat B17

Bayangkan anda duduk didalam pesawat pengebom B17 bersama 9 0rang lagi crew (pilot, pengendali radio, juru navigasi & pengendali machine gun) dalam misi mengebom sasaran di Nazi German 1944 yg sejuk,
pesawat anda terbang bersama formasi 1000 lagi B17 di udara. anda tahu separuh dari pesawat itu tidak akan kembali ke pengkalan kerana akan ditembak meriam anti pesawat German (terkorban). Dalam 6 jam perjalanan, anda hanya mendengar bunyi bingit 4 engine berkipas Wright R-1820-97 Cyclone engines kesemuanya berjumlah 72,800 cc.

Seringkali para veteran perang akan mengatakan bunyi rythmic engine B17 adalah seperti muzik yg sedap, menemani mereka dalam perjalanan ke sasaran yg setiba nya nanti akan disambut dengan pesawat pejuang & meriam anti pesawat musuh pula. Ada crew yg menyanyi-nyanyi menghiburkan hati sebelum pertempuran mengikut bunyi rythmic engine. Muzik dari bunyi engine kedengaran lebih sedap apabila mereka pulang dengan selamat dari mission. Kebanyakan askar udara itu adalah anak muda Amerika berumur 17 - 25 tahun pada perang dunia kedua.