Stereo
![]() | |
Stereo mic placement |
STEREO MERUJUK KEPADA CARA UNTUK MENENTUKAN ARAH & PERSEPSI BUNYI. Selalunya mengguna 2 atau lebih saluran seperti speaker bunyi. Stereo juga di rujuk kepada cara untuk menentukan arah 3 dimensi seperti mata kita dimana imej dari dua belah mata kita di process dalam otak kita untuk menentukan jarak sesuatu. Stereo bukan MP3, Ia bermaksud persepsi bunyi. Setiap manusia mempunyai pendengaran stereo semulajadi, oleh ciptaan Tuhan, iaitu telinga kita sendiri. Kenapa ada dua telinga di kepala kamu? Supaya kamu dapat membezakan dari arah mana bunyi datang. Minda kita, tanpa di sedari, otak kita menyelidik, belajar & berlatih serta memproses bunyi yang ditangkap masuk oleh dua telinga stereo kita, sebagai deria pendengaran kepada kita.
Manusia
di zaman purba bergantung kepada penglihatan & pendengaran telinga
stereo mereka untuk mengesan bahaya atau memburu binatang. Apa akan
terjadi sekiranya manusia hanya mempunyai satu telinga, dia mungkin
tidak tahu dari mana arah bintang buas yang akan menjadikan nya sebagai
jamuan makan malam. Dengan telinga stereo, manusia boleh mengagak arah
bunyi. Seorang anak boleh mengagak di mana ayahnya hanya dengan mendengar suara ayah dari telinga stereo nya. Kita boleh mengagak dari mana bunyi suara seseorang itu berada melalui telinga stereo kita.
Cuba kamu mendengar muzik dari Hi Fi kamu (gambar speaker yang ini contoh saja), terdapat perbezaan bunyi di antara dua speaker itu. Kalau tidak ada perbezaan (sama sahaja). Maka ia dipanggil "mono" (single). Muzik dalam format stereo, kedengaran luas & ada setengah alat muzik atau bunyi itu terdapat di speaker kiri atau kanan sahaja. Bunyi di dalam panggung wayang adalah satu contoh bagaimana stereo di guna. Kita merasa seolah berada dalam cerita filem itu kerana bunyi effect yang keluar dari system "stereo surround". Rakaman stereo bermula apabila rakaman double track di perkenal tahun 1960an di Amerika & Eropah. Pada mulanya bunyi drum hanya terdapat di sebelah speaker sahaja (kanan), bunyi gitar & keyboard di kedua speaker & bunyi vocal hanya di sebelah juga (kiri).
Style
rakaman itu berubah di akhir 1960an, bila drum set dirakam secara
stereo kiri kanan iaitu membahagikan overhead kepada stereo. Kalau kita
mendengar muzik moden hari ini, boleh di dengar rolling drum dari kiri
ke kanan, kepelbagaian bunyi cymbal & percussion di kiri &
kanan. Gitar riff & rythmn berbahagi kiri kanan. Bunyi synthesizer
meluas (wide) di speaker kiri & speaker kanan. Lebih sedap lagi
kalau dengar muzik symphony orchestra, kerana ia disusun rakam stereo
mengikut susun atur letak alat muzk itu diatas stage. Tak dapat dengar
perbezaan? Cuba kamu dengar mengguna stereo headphone atau letak kepala
kamu antara dua speaker stereo hi fi kamu. Tapi pastikan ia stereo bukan
mono. Kalau ada yang tak dapat buat perbezaan, mungkin speaker kamu
rosak, atau kamu bebal sangat tak dapat buat perbezaan. Di Amerika radio
Hi Fi dipanggil "stereo".
Dengarkan Bunyi Audio Stereo Dalam Video Ini