Muzik Malaysia Pinjam Budaya Barat

Muzik R&B, di kampung mungkin tidak ada peminat genre muzik ini, kerana ia lebih dikaitkan dengan urban atau persekitaran bandar dimana penduduknya ramai yang suka mendengar muzik dari luar negara atau kebaratan.  Penduduk bandar lebih bersifat terbuka kepada pengaruh & penerimaan element luar negara.

R&B sendiri lahir dibandar-bandar besar Amerika pada tahun 1950an & 60an. Ia menjadi asas kepada muzik pop yang kemudian tersebar keseluruh dunia melalui penjualan rekod, kaset & CD penyanyi pop Amerika. Muzik-muzik Amerika yang terjual di negara kita menjadi ikut-ikutan remaja & orang tempatan. Kalau ada peminat genre muzik R&B maka orang tempatan mungkin boleh menerima penyanyi R&B tempatan yang menyanyi dalam bahasa tempatan seperti Melayu atau Cina mahupun bahasa-bahasa lain. Sedikit element baru dari luar mungkin dapat mencuit hati pendengar tempatan.

Mereka ini menjadikan muzik R&B Amerika sebagai panduan & inspirasi kepada rakaman muzik mereka. Bukan di negara kita sahaja malah di Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Hong kong, Jepun atau boleh dikatakan di seluruh dunia menerima & mendengar genre muzik R&B.  Terdapat banyak penyanyi R&B di negara-negara tersebut yang menyanyi dalam bahasa tempatan di negara mereka.

Sama juga seperti genre muzik lain seperti Rock, Hip Hop & lain-lain yang berasal dari barat. Muzik-muzik ini datang atau tersebar ke negara kita juga melalui penjualan bahan media seperti majalah, rekod, kaset & CD pada awalnya & internet pada hari ini. Sudah tentu genre muzik dari barat tidak akan terdapat dinegara kita kalau tidak ada peminat.
Shortwave radio tahun 1940an

Sejak dari terciptanya phonograph & radio dari tahun 1900 hingga 1940an, muzik barat dibawa masuk melalui tayangan filem di panggung wayang & rekod  piring hitam. Penduduk bandar yang terdiri dari bangsa China, India, Serani, Melayu & lain-lain kaum yang berpendidikan barat ada yang memiliki pemain piring hitam & mendengar rakaman muzik dari barat seperti jazz, classical & muzik latin untuk hiburan.. Radio transistor SW (shortwave) juga menjadi media penyampai yang membolehkan orang ramai mendengar kandungan berita & muzik siaran radio bukan sahaja dari Radio Malaya pada masa itu tetapi juga boleh mendapat siaran dari jauh sehingga ke Amerika. Muzik-muzik barat yang berkumandang di corong pemain vinyl & radio perlahan-lahan meresap masuk menjadi ilham & inspirasi kepada pemuzik tempatan dalam rakaman lagu-lagu tempatan.

Tahun 50an demam Rock n Roll melanda dunia dan rantau Asia tenggara juga tidak ketinggalan menerima Rock n Roll. Tidak kira anak-anak muda Melayu, Cina, India atau suku kaum ramai yang meminati muzik genre baru ini. Kita boleh mendengar pengaruh Rock n Roll dalam lagu P.Ramlee ‘Bunyi Gitar’.

Tahun 60an muzik The Beatles dan The Shadows pula menggantikan irama Rock n Roll. Anak-anak muda dibandar mula menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik gitar rancak yang meniru rentak lagu & imej pemuzik dari barat itu. Aanak-anak muda berbangsa Cina paling banyak mengikuti perkembangan muzik The Beatles sebelum anak-anak Melayu. Pada akhir tahun-tahun 1960an pemuzik di barat sudah beralih kepada muzik lebih keras berbanding remaja Malaysia yang masih meminati muzik ala Beatles. Gabungan irama Melayu disamping muzik rancak barat itu maka timbul pula irama Pop yeh-yeh di Malaysia & Singapura. 

Seperti yang kita tahu muzik Pop adalah muzik yang paling banyak peminat di seluruh dunia tetapi terdapat banyak juga peminat muzik hard rock di Malaysia pada tahun 1970an.   Rentak Disco & Funk ialah muzik kepada penduduk bandar. Banyak artis tempatan yang mengikuti perkembangan muzik barat khususnya Amerika. Bagaimana pun untuk merakam keseluruhan lagu-lagu mereka dalam versi 100% barat mungkin tidak dapat diterima oleh citarasa orang tempatan, maka element atau unsur muzik-muzik tempatan di masukkan. Muzik Pop melayu dimasukkan element barat seperti rock, pop, r&b atau classical. Irama melayu dimainkan mengguna alat muzik moden seperti drum, gitar, organ bersama orchestra & digabung dengan sedikit element seperti rumba, salsa, jazz, samba, pop moden atau rock.

Tahun 1980an pop melayu juga mula bertukar arah mengikut peredaran masa dan trend muzik dari barat. Ada rakaman muzik mengguna peralatan muzik baru seperti synthesizer.  Muzik Rock baru yang melanda Amerika dan Eropah juga mendapat ramai peminat baru di Malaysia. Tumbuh kumpulan pemuzik rock tempatan yang menjadikan Rock barat sebagai panduan dan inpirasi muzik mereka. Kamu boleh baca mengenainya di http://rockbaratdanmelayu.blogspot.com/

Oleh kerana cita rasa orang Malaysia lebih kepada lagu berentak perlahan maka lagu-lagu “slow rock” dari pemuzik rock ini adalah penyelamat kepada industri rakaman muzik rock pada akhir 80an dan awal 90an sebelum peminat muda baru beralih kepada muzik alternative barat.  Akhir 90an oleh kerana bosan mendengar lagu-lagu slow rock melayu yang berirama melayu, maka generasi baru telah ditawan oleh muzik pop & rock dari Indonesia yang lebih kreatif dimana unsur-unsur barat sangat ketara dalam muzik mereka. Bahasa Indonesia yang mirip bahasa Melayu memudahkan ia diterima oleh citarasa orang Malaysia. 

Umum nya kita semua tahu tanpa muzik dari barat kita mungkin tidak akan dapat menikmati muzik moden dalam bahasa tempatan. Tidak mungkin ada penyanyi R&B seperti Anuar Zain, Ruffedge atau R&B penyanyi Indonesia kalau tidak ada rakaman muzik pemuzik R&B Amerika. Begitu juga mungkin genre punk, ska, rock atau apa apa sahaja lah.

Dinegara-negara Afrika sendiri muzik R&B juga hip hop moden Amerika juga mendapat tempat di hati penduduk bandar-bandar besar di benua Afrika sedangkan Afrika adalah tempat asal kepada orang Afrika-Amerika. Di benua Amerika selatan muzik Amerika utara adalah panduan & trend kepada muzik pop & Rock di sana. Di Hong kong muzik pop dan rock barat sudah lama  meresap kedalam industri rakaman mereka.

Begitu juga di Jepun. Muzik Amerika seperti Pop dan Rock Amerika lah yang mengubah perkembangan muzik moden  di Eropah. Muzik pop dan rock masuk dan diterima penduduk di negara-negara bekas blok komunis  selepas keruntuhan empayar Soviet Union. Di bandar Manila, Filipina orang tempatan & kususnya orang berketurunan Eurasia (kacukan Sepanyol, Eropah atau Amerika) muzik pop dan rock Amerika adalah pujaan mereka.

Di negara-negara Arab, Afghanistan, Pakistan & India walaupun mereka berpegang kuat kepada amalan & kebudayaan tradisional, tetapi anak-anak muda mereka sudah boleh menerima muzik pop dan rock dari barat. 

Bukannya nak suruh kamu memuja atau mengagungkan Amerika tetapi reality nya adalah muzik Amerika dan Eropah tidak kira rock, pop, jazz, R&B atau latin pop dan dominasi industri rakaman mereka lah yang mengubah muzik moden seluruh dunia. 


Muzik yang betul-betul asli tulen negara kita ialah muzik tradisi turun temurun yang diwarisi dari moyang kita seperti muzik melayu asli, ghazal, joget, sumazau, dan bermacam lagi muzik juga tarian yang dihasilkan oleh hasil kreativiti seni etnik-etnik di Malaysia dan juga seluruh Asia Tenggara. Bagaimana pun ada satu ketika pada masa dulu muzik asli kita pernah dipengaruhi oleh budaya dari India, Arab, China & juga Eropah sepanjang zaman pelayaran pelayar dan pedagang yang datang ke Asia tenggara mencari rempah juga hasil bumi.

Walau sebanyak mana muzik modern dari luar negara membanjiri dunia muzik tempatan, budaya muzik & tarian tradisional warisan berzaman nenek moyang kita jangan lah kita lupakan. Budaya warisan tradisi menunjukkan identiti jati diri kita. Budaya warisan tradisi kita menunjukkan siapa kita dan dari mana asal usul kita.