Muzik Tradisional Dan Sejarah


Rebab

Rebab arab
Rebab ialah alat muzik warisan negara Malaysia aman damai. Ia di sebar ke Asia Tenggara oleh pedagang Arab melalui jalan perdagangan Afrika Utara, Asia tengah & sebahagian Eropah. Rebab Arab juga ada terdapat di Eropah medieval di bawa penakluk Arab moor ke Iberia (Sepanyol). Geographer Parsi abad 9 Ibn Khurradadhbih menyatakan lira Byzantine (or lūrā) sejenis alat di gesek menyerupai rabāb Arab. Terdapat juga jenis sama di China yang dipanggil Erhu.Di Malaysia yang aman damai ia terdapat di negeri Kelantan & Terengganu. Dimainkan dalam ritual penyembuhan "Main Puteri". Di Indonesia rebab dalam orkes gamelan. Tidak mengikut scale gamelan dimain mengikut cita rasa pemain.



Di zaman purba iaitu sejak dari zaman manusia mula berjalan keluar dari afrika merayau ke seluruh dunia selama 100,000 tahun, sekolah belum ada untuk manusia belajar kebudayaan & bahasa orang lain. Segala ilmu yang diketahui oleh orang tua di perturunkan melalui mulut & perlakuan kepada generasi seterusnya.

Sejak terciptanya roda untuk pengangkutan sehingga lah ke kapal layar pergerakan manusia bertambah pantas, pertembungan antara bangsa-bangsa di dunia memungkinkan budaya bercampur-aduk & hari ini sudah terdapat sekolah untuk belajar ilmu (bidang art atau technology) hasil dari pertembungan budaya antara bangsa. Susah untuk kita membuat kesimpulan kepada origin atau asal yang tepat perkembangan muzik moden, sebab ia berkembang bukan dari satu jalur keturunan sahaja. Semasa pemerintahan Rome ke atas Eropah, Afrika Utara & Asia barat, Rome pusat pemerintahan adalah bandar yang menjadi pusat tumpuan kepada penduduk dari seluruh empayar. Di sana terdapat pelbagai budaya dan muzik berhimpun bercampur aduk dari seluruh empayar. Maksudnya jika sasuatu tempat itu pusat pemerintahan dan perdagangan bagi kawasan di sekelilingnya, maka puak-puak, bangsa dan etnik dari seluruh kawasan itu akan datang ke pusat tumpuan itu untuk berdagang. Dari perjumpaan puak, bangsa dan etnik yang berlainan ini akan terjadilah pertembungan budaya dan percampuran nilai-nilai budaya dari pelbagai kaum, bangsa dan etnik, bukan dalam masa sehari tetapi beratus atau mungkin beribu tahun seperti yang terjadi pada tamadun-tamadun  terawal. Pertembungan budaya juga boleh berlaku akibat perpindahan besar-besaran seperti perpindahan orang-orang Eropah ke benua Amerika dalam masa 500 tahun & juga penaklukan ke atas negara lain.

Traditional


Penyanyi classical dari India
Penyanyi & pemuzik tradisional Melayu














Kalau kita mendengar lagu dari muzik classical & tradisi warisan generasi terdahulu di seluruh dunia dari benua Asia, Eropah sehinggalah ke benua Amerika, penyanyi perempuan bersuara lunak dalam octave tinggi atau hi pitch. Berbeza dari nyanyian lagu Pop, terdapat bahagian dalam lagu yang dinyanyikan dalam nada jeritan octave tinggi atau hi pitch seperti Rock & R&B. Cuba anda bayangkan seorang perempuan menyanyi dalam nada jeritan disebuah kampung atau istana pada zaman purba seperti seorang penyanyi Pop & Rock apa akan terjadi? Sudah tentu dia akan di bunuh kerana menjerit seperti orang gila, di sampuk syaitan, macam ahli sihir atau memberontak pada kaum lelaki.
Penyanyi opera classical

Di zaman purba, perempuan adalah kelas kedua, diperbuat seperti barang, jadi sudah tentu perlakuan menyanyi nada jeritan adalah seperti kurang sopan & seperti memberontak. Tetapi ada juga lagu yang memerlukan nada jeritan perempuan untuk menaikkan semangat sebelum berperang.
Suara lunak hi octave juga menidurkan anak-anak kecil (mendodoi / lullaby). Berbeza di zaman moden sejak dari 130 tahun dahulu, wanita sudah mencapai setaraf lelaki, sudah boleh membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Mereka bebas untuk menyanyi dalam apa sahaja nada suara. Nada jeritan adalah menjadi satu kebiasaan dalam muzik Pop & Rock (power voicing). Maksudnya terdapat dua style nyanyian Pop atau Tradisional. Di kebanyakan negara, muzik traditional masih menjadi muzik popular negara negara itu ia dipertinggikan dan diangkat martabat muzik traditional tersebut kerana ia adalah melambangkan budaya dan rupa jati diri rakyat di negara tersebut.

Penyanyi tradisional
Tradisional maksudnya warisan atau budaya yang diperturunkan kepada generasi seterusnya iaitu dari ibubapa kepada anak dan seterusnya. Berbeza dengan suara penyanyi lelaki dari dahulu lagi ia jarang menjadi persoalan samada low atau high kecuali dari segi muzik yang dimainkan dikalangan kerabat raja, bangsawan dan rakyat bawahan. Kerana ada juga lagu tradisi yang dinyanyikan di zaman moden dalam nada jeritan dan ada juga muzik Pop yang dinyanyikan bukan dalam nada jeritan octave / pitch tinggi.














Benua Africa













 Afrika Utara




Marrakech, Afirika utara




China




India



Malaysia





Sarawak, Malaysia






Asia barat




Asia barat





Filipina





Filipina




Spain





Portugal




Russia




Spain





Sweden





Eropah timur





England




Armenia






USA




England

 Switzerland




Jepun 


USA





Australia




England





Britain




Britain





Thailand




Amerika Selatan






Mexico





Brazil




Pakistan










Indonesia





Indonesia


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lihat video muzik tradisional Uyghur di barat China




Lihat video pemain tanbur lagu rakyat Afghanistan di atas.


Click sini & baca - muzik-muzik di Pakistan
Click sini & baca muzik tradisional negara Indonesia
Click sini & baca muzik tradisi juga muzik barat di Philippines
Philippine folk music / muzik rakyat
Muzik dari negara Thailand
Indochina 
Muzik dari Vietnam
Muzi dari negara China 
Muzk dari kepulauan Polynesia Pacific
Muzik pribumi di benua Amerika Utara 
Muzik dari benua Amerika Latin / Selatan
Muzik dari negara Malaysia 



Alat muzik gamelan


Bangunan tinggalan Hindu di kedah 1,500 tahun
Gamelan Indonesia di mainkan dalam scale Jawa Pelog & Slendro (seperti pentatonic). Scale muzik gamelan Indonesia berakar dari India, China & tempatan. Scale dari budaya Chna (pentatonic) ketara sekali dalam scale muzik pelog/slendro Indonesia manakala scale India ketara di dalam cara gamelan di mainkan. Pengaruh India kedengaran dalam system modal di panggil Patet di jawa & Saih di Bali. Gamelan bererti di pukul = gamel. Bukti gamelan terawal terdapat pada ukiran batu candi borobudur bertarikh 800 masihi. Bukan Gamelan sahaja yg menerima pengaruh China & India tetapi juga muzik melayu sebelum kedatangan islam. Kita boleh mendengar pengaruh India & tempatan dalam irama lagu asli. Gong tembaga adalah alat muzik China purba diperkenalkan ke asia tenggara - Filipina, Borneo, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia. (Negara-negara tu belum ada lagi pada 500 bc -- 1500 masihi).





Gendang dongson purba
Agung-gong dari Filipina
China selatan & Vietnam (masa tu belum ada Vietnam lagi) tarikh 600 BC mempengaruhi pembuatan gendang jenis itu sehinngga ke seluruh asia tenggara. Tidak pasti bila zaman tembaga bertukar ke zaman besi di asia tenggara kerana penghijrahan manusia dari asia utara keselatan memakan masa 10,000 tahun bukan 10 tahun. Penghijrahan itu dalam beratus kumpulan manusia nomad. Beberapa alat muzik mungkin terhasil semasa penghijrahan ini



 http://en.wikipedia.org/wiki/Gong

http://en.wikipedia.org/wiki/Dong_Son_drums 




 Lihat video muzik dari utara India di nyanyikan dalam scale raga India.


Dangdut

Orkes Melayu
Asal dangdut, muzik yang paling popular di Indonesia, dikatakan muzik Melayu, yang dimainkan oleh Orkes Melayu pada tahun 1950. Tapi belum dijelaskan bagaimana muzik Melayu, yang hanya di main kan di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, dan Kalimantan Barat, menjadi popular dan mapan di Pulau Jawa, terutama di Jakarta sebelum tahun 1950-an. Perkembangan & perubahan Orkes Melayu di akhir abad ke-19 dan dekad awal abad ke-20 melalui pembangunan bangsawan dan komedi Stamboel, pra-teater moden di Indonesia dan Malaysia.

Orkes Melayu tahun 1950-an
Pada akhir abad ke-19, bangsawan tidak meluas popular di kalangan orang Jawa di Indonesia kerana martabat bahasa & musik Melayu yang tinggi. Awal abad ke-20, musik Melayu mulai tersebar di antara orang Jawa melalui komedi Stamboel dan kumpulan-kumpulan lain yang meniru gaya komedi Stamboel.
Dengan keadaan tersebut, samrah Betawi, yang sangat dipengaruhi oleh bangsawan, dibentuk di Batavia pada tahun 1918. Kerana Bahasa Melayu disebut Melayu Betawi telah digunakan sebagai bahasa umum di kalangan penduduk Batavia / Jakarta, satu sebab mengapa mudah bagi mereka untuk menerima dan menikmati teater dan muzik Melayu.

Muzik samrah Betawi dimainkan dalam samrah juga dipengaruhi oleh muzik Melayu dalam hal komposisi muzik, skala instrumen dan irama. Ciri-ciri muzik samrah adalah penggunaan harmonium, alat musik khas India, sebagai akibat dari yang samrah muzik sering disebut Orkes harmonium. Pada tahun 1960-an muzik dangdut mula dimain kan meggunakan peralatan moden seperti gitar elktrik, bass, organ & drum.
Pada tahun-tahun 1970-an muncul penghibur dangdut seperti Rhoma Irama yang memasukkan elemen muzik moden seperti funk, jazz & rock 70-an. Pada tahun-tahun 1980-an Pemuzik dangdut Di pulau Jawa masih merasakan muzik dangdut yang mereka mainkan ialah muzik melayu. Hari ini dangdut adalah muzik yang berbeza sekali dari muzik asalnya kerana sudah banyak elemen dari Pulau Jawa & elemen barat seperti rock & Jazz.

Seni
Art Deco bangunan Chrysler New York

Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Apa sahaja yang benda buatan manusia yang kamu lihat di sekeliling kamu ialah seni, kalau tidak pun hasil seni yang tinggi tetapi ia tetap seni. Seni itu ialah hasil kreativiti atau paling tepat di katakan disini hasil daripada kerja yang dilakukan oleh kaki, tangan & mulut manusia yang berdaya fikiran. Sudah tentu binatang tidak menghasilkan hasil seni kerana ia tidak berfikir untuk melakukan & membuat sesuatu yang jauh dari fikiran asas binatang. Dan juga binatang tidak menghargai seni kerana fikirannya yang terhad. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih)
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. Masa kini, seni merujuk kepada seni yang dapat dilihat, terutamanya lukisan and ukiran, dan fotografi. Beberapa bidang seni juga dikenali sebagai seni halus (fine arts), termasuk muzik, penulisan, puisi, tarian, and the teater. Cabang dari kesenian theater adalah perfileman dan animasi, dan terkini, multimedia. Mereka yang bergiat dalam bidang theater dan perfileman biasanya dikenali secara amnya sebagai seniman. Apabila sesuatu itu dilakukan dengan begitu sempurna, ia juga boleh dianggap seni: kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate Bridge) boleh dianggap sebagai hasil seni. Seni reka juga dianggap sebagai satu gaya kesenian: lihat Menara Eiffel atau katedral Notre Dame. Seni reka adalah gabungan antara seni dan sains. Aturcara komputer juga boleh dianggap seni;
Seni tidak hanya untuk tujuan aesthetik; seni dan pertukangan berkaitan dengan menghasilkan benda berguna kepada seni. seni perdagangan ("komunikiasi visual") menggunakan kaedah artistik untuk menyampaikan maklumat seperti melalui pengiklanan. Kadang-kala orang melihat seni dari benda rawak yang tidak bertujuan sebagai hasil seni; seni sedemikian dikenali sebagai seni jumpa.

 Contoh jenis seni

  1. Lakonan
  2. Muzik
  3. Lukisan
  4. Ukiran
  5. Penulisan
  6. Puisi
  7. Origami
  8. Bonsai
  9. Suiseki
  10. Seni Bela diri
  11. Masakan (Kulinari)
  12. Seni Jahit
  13. Nyanyian

Nama Malaysia dalam Encyclopedia Americana 1905

Tahukah kamu nama Malaysia terdapat dalam Ensaiklopedia barat & Amerika (Encyclopedia Americana 1905) sejak abad 19 (1800 -1900). Ia di tulis untuk menamakan kawasan (bukan negara) dari sumatera, semenanjung tanah melayu, borneo, kepulauan Filipina, sulawesi, maluku hingga ke irian jaya. Ada juga ilmuan barat yang menamakan kawasan nusantara itu Indonesia tetapi ramai yang lebih suka memanggil nusantara Malaysia. Kenapa mereka memanggil Malaysia atau Malesia? Kerana ia berdasarkan bahasa pertuturan & kebudayaan di kepulauan nusantara iaitu bahasa Melayu atau bahasa yang hampir serupa dengannya.  Seorang penyelidik British yang melawat semenanjung Tanah Melayu & Borneo menggunakan istilah "Malaysia" untuk merujuk kepada Malaya & Borneo pada abad 19. "Malesia" & "Malaisia" telah pun diguna di abad 17 oleh Peter Flores dalam journal nya semasa pelayaran ke kepulauan melayu dari 1611 -- 1615 dengan kapal English. 1883 -- penulis Italy menulis "La Tigre della Malesia" (Harimau Malaysia).
Nama Malaysia dalam atlas tahun 1915
1877 -- Odoardo Beccari menerbitkan buku alam tumbuhan "Malesia : Reccolta di Osservazioni Botaniche" Nasionalis Filipina Jose Rizal merujuk dirinya sebagai "Malais-Tagale" (Tagalog Malay) yang ketara di masa lampau, di mana sejarahwan negara itu menganggap mereka adalah sebahagian dari kepulauan melayu. Senate Filipina pernah mencadangkan untuk menamakan negara mereka yang akan merdeka dari USA 1946 sebagai Malaysia tetapi ditolak. (cari ini di archive Library of Congress USA). Kemudian 1963 Malaya bersama Sarawak, Sabah & Singapura telah menubuhkan negara baru dipanggil Malaysia. Rasanya kamu tidak tahu pun apa yang di tulis ini, mungkin ada yang ketawa terbahak-bahak seperti keldai bila membaca ini.
Encyclopedia Americana 1905



Aircraft Carrier dari armada US Navy
Tidak pernah ada & tidak akan ada conflict besar antara Malaysia & U.S.A. Tentera Laut USA ialah kuasa laut terbesar dunia. Apa bila berlaku sesuatu konflik di luar negara selalunya angkatan laut terdiri dari "carrier", frigate & kapal selam class Los Angeles akan dihantar ke perairan laut negara berkenaan sebagai amaran akan kekuasaan negara Amerika. Kita boleh lihat apabila US navy menjalankan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan di Laut Kuning dimana latihan itu telah menimbulkan ketakutan & kemarahan kepada China. Korea Utara kemudian mengebom bedilan artillery ke Korea Selatan sebagai amaran.

Di Turki tentera empayar Ottoman akan menghantar pasukan pancaragam tentera empayar Ottoman besar ke negara yang bakal ditakluki. Di sana pancaragam itu akan bermain muzik berhari-hari tanpa henti sehingga negara itu tunduk & kalau tidak berjaya mereka akan menghantar tentera bersenjata pula.
pancaragam tentera Ottoman

Di masa silam, tentera Turki akan di iringi pasukan pemain drum (bukan drum set moden) yang sekaligus menaik semangat tentera turki. Tentera musuh yang mendengar pukulan berpuluh-puluh drum itu akan kecut perut yg mungkin akan mengakibatkan kekalahan. Tentera Eropah kemudian mengambil adaptasi ini dalam tentera mereka. Hari ini kita boleh melihat pancaragam tentera mengiringi tentera berkawad. Perarakan kawad tentera terhebat penuh semangat sebelum perang dunia kedua selalu dilakukan oleh tentera Nazi Germany untuk menunjukkan kekuatan kepada rakyat & negara jiran.

Idol atau pujaan & selebriti zaman dahulu-kala

Dizaman dahulu tidak ada industry rakaman muzik & filem yang membolehkan seseorang meminati & menjadikan orang yang diminatinya sebagai 'idol' atau pujaannya. Idol ertinya seorang yang dipuja atau seseorang yang disukai. Apakah yang menjadi idol atau pujaan kepada orang di zaman batu yang tinggal didalam gua & berpindah-randah itu? Mungkin orang itu ialah seorang yang berani melawan binatang pemangsa besar seperti harimau sabre atau seorang yang berani membunuh binatang buruan besar seperti gajah mammoth, atau seorang yang pandai berlawan atau mungkin juga seorang ketua dalam kumpulan penempatan orang zaman batu. Kemudian apabila penempatan purba menjadi besar, pujaan atau idol itu tertumpu pada Raja & kerabatnya serta para pahlawan.

Di zaman Rom purba, para pahlawan gladiator yang berlawan sesama sendiri di gelanggang dipuja seperti Idol atau selebriti zaman modern. Pastinya di zaman pemerintahan beraja zaman pertengahan (medieval) pahlawan, Raja-raja, putera & puteri juga para kerabat di raja ialah idol, pujaan & selebriti dimasa itu. Pemuzik pada zaman itu hanya sebagai penghibur di istana raja atau pengembara & juga pemuzik tradisional. Dari Zaman rennaisance hingga baroque, pelukis, arkitek, penulis mula mendapat tempat sebagai idol, pujaan & selebriti disamping kerabat raja & pahlawan. Perkembangan kepada penulisan & percetakan buku, surat khabar & lagu atas sheet music telah memjadikan artis & pemuzik lebih dikenali kepada umum. Orang ramai mula mengenali artis (pemuzik, pelukis, penyanyi, arkitek, pelakon theater, penulis & sebagainya) sepanjang kurun 17 hingga ke 19.

Terima kasih kepada penciptaan alat-alat perakam seperti phonograph & gramophone (piring hitam), filem, radio & penyiaran television, para artis menjadi bertambah dikenali kerana sekarang muzik mereka boleh sampai terus kepada orang ramai & boleh didengari di mana-mana sahaja. Muzik pop yang dikenalkan  melalui penjualan piring hitam, siaran radio & TV serta surat khabar & juga majalah telah memulakan trend artis pujaan, idol atau selebriti pada tahun-tahun 50-an & 60-an sehinggalah ke hari ini dimana terdapat pelbagai medium pengantara kepada para artis & orang ramai.

Sudah pasti, tanpa industry rakaman, radio, TV & bahan bertulis, mungkin tidak ada penyanyi atau pemuzik yang menjadi pujaan atau idol kamu. Ini satu perkara yang menarik bagi mereka yang tidak meminati muzik atau apa sahaja yang berkaitan dengan "art". Mungkin kehidupan di zaman purba sesuai bagi mereka.

         
Muzik Di Singapura

Selain dari muzik tradisi melayu, cina & tamil, penerimaan muzik moden barat di negara Singapura sama seperti di Malaysia. The Shadow & The Beatles mendapat tempat di hati anak-anak muda pada tahun 60-an. Banyak band kugiran & penyanyi tempatan muncul dari inspirasi muzik barat. Ada juga yang merakam lagu dalam bahasa English untuk pasaran tempatan. Negara Singapura banyak menganjurkan festival & konsert muzik di mana peserta dari pelbagai jenis muzik dari seluruh dunia datang bermain di sana. Negara Singapura tidak ada artis nya yang merakam lagu di peringkat antarabangsa selain dari asia tenggara kecuali beberapa orang penyanyi berbahasa Cina yang mendapat tempat di asia tenggara, Hong Kong, China & Taiwan. Antara penyanyi melayu berasal dari Singapura ialah M.Nasir & Ramli sarip. Meraka mendapat ilham muzik mereka dari muzik barat yang kemudian digabungkan dengan muzik tradisi melayu & dirakam dalam bahasa melayu.

Lakaran kapal layar India di Asia Tenggara
The old name for Singapore or Singapura is Temasik. Singapura is a sanskrit word for city of lion. The old Temasik was name that when Sang Nila Utama a malay prince the founder of Singapore saw a lion in the island. The Earliest settlement is around 2 century AD. At this time around Hindu / Buddha is the religion of this region & other malay kingdom (nusantara) spread by Hindu merchant & colony maker. When Arab trader came they brought Islam & Arab culture there that is melt with local culture replacing Hindu-Buddha religion. We can still hear & watch those thousands year old ancient Hindu influence in Malay or nusantara culture today.




Asal usul sekolah
Apa yang kau dah ajar anak kau hari ini?



Pendidikan atau persekelohan manusia di pra sejarah (zaman sebelum sejarah di tulis) diturunkan melalui mulut ke mulut, melalui pemerhatian, dan peniruan. Dari permulaan species manusia sehingga 10,000 Sebelum Masihi, manusia hidup memburu binatang & memungut bijiran / buah-buahan (hunter-gatherers) pakaian kulit binatang / kulit kayu, bergerak nomad (berpndah randah) di kawasan yang besar. Kumpulan-kumpulan atau puak manusia mempunyai kepercayaan, nilai, perbuatan & pengetahuan setempat yang diturunkan mulut ke mulut orang perseorangan ke generasi seterusnya. Anak-anak belajar dari ibubapa & keluarga terdekat kemudian pada usia meningkat dewasa meraka belajar lebih tersusun dalam konteks penerimaan & ritual.

Ilmu-ilmu yg diturunkan seperti cerita lagenda, cerita rakyat, ritual (semangat) & lagu. (zaman batu) tanpa menggunakan system tulisan tetapi dalam bentuk syair, sajak, & gurindam. Cerita --cerita ini di kekalkan melalui tradisi oral. Apa bila manusia sudah meninggalkan kehidupan nomad menetap di suatu tempat mereka membentuk tamadun. Kumpulan atau puak ini menjadi bandar tamadun awal. Contoh -- zaman Uruk (4000 ke 3100 SM) menyaksikan perubahan kepada kehidupan bandar purba di Mesopotamia.Sistem tulisan pun tercipta, dan ilmu pengetahuan kemudian di tulis & disimpan. Manusia belajar menulis (sekolah) untuk urusan perniagaan (simpan kira) & urusan kerajaan. Orang yang tahu menulis & membaca memegang jawatan tinggi (perniagaan & kerajaan purba)






Pelajar belajar membaca & menulis tulisan berbentuk cuneifom Sumeria di sekolah yang dipanggil "Edduba" atau tablet house 4,000 tahun dahulu. Buku mereka diperbuat daripada tanah liat  Edduba ialah Sekolah terawal dalam tamdun sejarah manusia.









Sekolah di Greek 3,000 tahun dahulu
Pada 64 Masihi sekolah awam di buka di semua bandar untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas di Mesopotamia barat. Sparta Greek abad ke 5 SM, kanak-kanak umur 5 tahun diwajibkan belajar ilmu tentera apabila mereka meningkat dewasa mereka menjadi askar professional. Tempat lain di Greek pula banyak sekolah dibuka untuk belajar sastera, seni, perdagangan. Maka begitu lah kemudian Sekolah & universiti menjadi tempat penting kepada perkembangan ilmu & empayar dari zaman empayar Rom hingga medieval & renaissance eropah & empayar Islam.





Sekolah di Rom 2,000 tahun dahulu
Huruf Roman / Latin
Perkataan "Sekolah" berasal dari perkataan Portuguese iaitu 'escola' yang juga dari bahasa Latin iaitu 'eschola' bererti tempat belajar. 'Scholar' dari scola bererti pelajar atau penyelidik & pengkaji di tempat belajar & universiti.  Huruf-huruf yang kamu sedang baca sekarang adalah huruf Rumawi (Rumi / Roman) atau juga dipanggil huruf Latin yang telah diguna penduduk empayar Rom purba sejak dari 2,000 tahun dahulu. Oleh kerana Rom dahulu adalah empayar terbesar di Eropah maka huruf-huruf Roman telah diguna meluas seluruh empayar di Eropah mengganti huruf-huruf etnik. Orang barat membawa huruf Roman ke Asia Tenggara semasa mereka datang menjajah. Hari ini huruf Roman telah menggantikan huruf jawi sebagai pengantara kepada budaya Melayu. Jadi kalau kau orang pergi belajar di sekolah, membaca buku & membaca huruf -huruf di atas screen hand phone, kamu akan teringat yang huruf-huruf kamu sedang baca itu berasal dari Rom purba.
Di sesetengah negara, kanak-kanak wajib belajar di sekolah dari peringkat umur awal. Sekolah adalah tempat kita mengenal dunia. Ibubapa juga bertanggung jawap mendidik anak.
(lagenda bererti satu cerita atau orang di masa dahulu, mitos pulak cerita dongeng pada zaman lampau)



Budaya
Lembangan subur Asia barat

Apakah rupa & warna budaya dari suku, kaum & bangsa kamu. Semua manusia berasal dari generasi / keturunan yang mengamalkan budaya atau culture mereka yang tersendiri.
Perkataan "Culture" (kebudayaan) dari perkataan Latin "cultura" asalnya adalah "colere" yang bermaksud "to cultivate" (menanam atau mengerjakan tanah). Budaya atau kebudayaan pula (daripada perkataan Sanskrit "buddayah", yang merupakan kata bagi perkataan "buddhi", yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Sarjana (para ilmuan) barat memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya.




Sebelum wujudnya tamadun awal, manusia zaman purba hidup menjalani kehidupan "Hunter-Gatherer" iaitu "pemburu & pengumpul makanan" Biasanya lelaki purba akan keluar memburu binatang liar, perempuan pula memungut buah-buahan, daun-daun sayur liar, binatang kecil & bijirin liar.
pertanian tamadun mesopotamia







Pada awal tamadun manusia 10,000 -- 8,000 tahun dahulu, kaum nomad zaman batu menetap di suatu tempat & mula menanam bijiran gandum daripada benih gandum liar yang banyak terdapat di Asia barat / Afrika utara & selatan Russia (nama asia & Russia belum ada lagi masa tu). Daripada penempatan nomad ini menjadi penempatan kampung. Cara hidup seperti pakaian / pertuturan / muzik & social mula menjadi identity kepada masyarakat di tempat itu. Contoh nya tamadun Sumeria Mesopotamia yang bermula di tanah subur lembah Tigris. Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat itu
Pengaruh Portugis di Malaysia
 Tinggalan dari kota A Famosa yang kamu lihat hari ini di Melaka ialah saki baki dari kubu besar yang mengeliling kota Melaka. Sebelum Portuguese menakluk Melaka, istana sultan dibina diatas bukit yang kemudian di roboh & dibina Gereja St.Paul. Anak panah di atas menunjukkan pintu gerbang kecil Port De Santiago iaitu tinggalan A Famosa yang masih ada pada hari ini. tahun 1641 Belanda/Holland menawan kota itu dari Portugal. Kubu ini dibina mengikut rekaan kubu-kubu di Eropah abad ke 16. Di robohkan oleh English pada 1806 oleh Sir William Farquhar pemimpin tentera British untuk menghalang penguasaan kembali kota itu dari Belanda/Dutch/Holland.

 Pemandangan suasana di balai penghadapan / King's Court Raja Portugal di istana Portugal, Eropah pada abad ke 16


Apabila Portuguese bertapak di Melaka 1511, mereka membawa bersama muzik & kebudayaan mereka yang kemudian meresap kedalam kebudayaan tempatan. Antaranya ialah joget & keroncong. Akan tetapi sebelum itu nama seperti ramvong, rahavai (rajavai) atau chakunchak mungkin telah digunakan untuk nama joget oleh org tempatan yang mungkin berasal dari dialek askar upahan Portuguese dari India & Asia tenggara. Langkah tarian joget juga adaptasi dari rentak tarian double step tarian barat. Tarian & muzik dari Portuguese itu berasal dari Portugal yang mempunyai kaitan sejarah & kebudayaan yang rapat dengan jiran di utara Galicia Sepanyol dan diturunkan dari warisan orang Celt zaman lampau.

Bagaimana pun joget hari ini adalah warisan budaya Melayu hasil daripada adaptasi budaya Portuguese & Melayu. Banyak juga perkataan Portuguese yang dipinjam bahasa Melayu seperti meza (meja), sapato (sepatu), verandah (beranda), almario (almari) dan banyak lagi. Hasil perkahwinan campur orang Portuguese & Melayu telah melahirkan etnik Kristang di Melaka Malaysia.


 Tarian Tradisional rakyat Portugal >


Muzik samba negara Brazil juga satu contoh bagaimana muzik Portuguese itu di integrasi kedalam muzik orang Afrika & orang asli Amerika selatan.



Tarian tradisi orang Portugis di Eropah


 Tarian Branyo dari etnik Eurasia keturunan Portugis di Melaka




Tarian joget masyarakat Melayu Malaysia.


Keroncong

Orkes Keroncong
Nama keroncong berasal dari bunyi petikan gitar kecil cavaquinho, braguinha, rajão & ukulele (gitar Hawaii). Muzik asalnya adalah daripada muzik zaman medieval & baroque Portuguese. Nama keroncong hanya digunakan pada 1800-an selepas beberapa ratus tahun bekas hamba Portuguese menetap di Batavia. Hari ini di Portugal muzik zaman pertengahan itu di kenali sebagai Fado manakala di nusantara keroncong. Sehinnga hari ini keroncong telah banyak di masukkan element gamelan dan menjadi identity kepada budaya Indonesia. Irama keroncong moden juga boleh dimainkan dalam rentak reggae & Bossanova.




Melatah

Ada satu budaya tempatan yang menarik perhatian yang di kenali sebagaimelatah atau "hyperstartle". Apabila seseorang tersentak oleh sesuatu barangkali bunyi yang kuat, atau mereka terlanggar sesuatu, terjatuh, terdengar perkataan yang asing, mendengar benda pecah & jatuh, akan terkeluarlah ayat & perkataan dari mulut mereka. Perlakuan melatah ini biasa nya berlaku tanpa di sedari oleh si pelaku. Bagaimana pun jenis ayat-ayat yang terkeluar dari mulut mereka berbeza di lain-lain tempat. Di suatu tempat perlakuan ini kadang-kadang berjangkit dari seseorang ke orang yang lain. Perlakuan melatah mungkin naluri semulajadi  dari keturunan atau mungkin terpengaruh dengan orang sekeliling. 

Tindak balas reflex ini ada kaitan dengan pem-process-an data maklumat dalam otak & memory otak. Otak mereka yang melatah mungkin telah di program semulajadi atau mereka yang terpengaruh dengan keadaan sekeliling secara tidak langsung melatih pusat memory otak  mereka untuk bertindak balas dari ingatan yang terdahulu. Melatah ini bukan terdapat di Asia tenggara sahaja tetapi juga di benua lain. Kalau di Malaysia orang yang tersentak atau terkejut akan menyebut “alamak!”, “O pocot!” di Amerika pula mereka menyebut Holy cow!”. Bagai mana pula di tempat kamu, apa kah perkataan yang terkeluar dari mulut orang yang melatah di tempat kamu apabila terdengar bunyi & suara perkataan  secara tiba-tiba.     

http://zikrihusaini.com/budaya-melatah/







CND Sign
Pada tahun akhir 1960-an & awal 1970-an, banyak anak-anak muda Amerika yg lari dari kerahan tenaga tentera US dari berperang di Vietnam. Mereka bersama golongan hippies pergi ke negara seperti India, Amerika selatan (yang pada masa itu sudah pun menerima lagu lagu dari Amerika & Eropah, contoh -- The Beatles) & Afrika utara. Sekembali nya mereka dari negara-negara itu maka timbul lah muzik seperti Phsycedelic 60's dan beberapa lagu Hard Rock & Progressive Rock yg berunsur Mediterranean, Asia barat, Classical Orchestra yg menggunakan skala Phrygian, Lydian & melodic minor di campurkan dengan music Funk, R&B, Folk Eropah, Blues. Bagaimana pun lagu Pop adalah muzik yg paling digemari pada masa itu. Lagu Rock ada lah lagu "underground" pada masa itu.



 Peace Sign - CND click this link



Pop VS Komunis
Communism & Democracy - Cold War
Kremlin Palace Di Moscow
Semasa pemerintahan Soviet Union (di Russia & negara Bloc Soviet) tahun 1950-an, budaya moden Amerika & Eropah barat adalah di larang sama sekali, sesiapa yang memiliki atau menjual seluar jeans akan di tangkap & dihantar ke pusat tahanan & didenda wang tunai. Remaja Russia tahun 1960-an terpaksa membeli barangan berunsur barat seperti pakaian & piring hitam muzik The Beatles di pasaran gelap. komunis Soviet Union dan democracy Amerika & seluruh dunia didalam kemuncak perang dingin atau Cold War 

Apa sahaja yang berunsur ke-barat-an (kecuali muzik orchestra & tradisi Russia) di kira satu ancaman kepada cara hidup komunis. Bagaimana keras sekalipun pihak Soviet melarang muzik barat masuk, orang muda mereka tetap mencari kebebasan untuk memiliki sesuatu dari barat dari 1960-an hingga 1970-an. Pembaharuan politik yg diperkenalkan Mikhail Gorbachev 1980-an melimpahkan Russia & Blok Soviet dengan barangan & budaya dari barat. Boleh dikatakan budaya barat adalah factor ketiga yg menyebabkan komunis Soviet Union tumbang di gantikan pemerintahan demokrasi pada 1990an.
Semasa pemerintahan komunis Soviet tahun 1970-an 1980-an, banyak lagu-lagu yang yang menjulung demokrasi di cipta & di rakam oleh artis-artis Russia. Gorky Park- Just Try to Find Me- 1989 adalah salah satu dari beribu ribu lagu yang simbolik kepada demokrasi


Jeans budaya tradisi Amerika
Iklan tahun 1873
pakaian pelombong emas abad 19
Seluar jeans boleh dikatakan adalah budaya Amerika khusus nya budaya "American Old West" (Cowboy). Di popularkan pemakaian nya oleh pelakun filem amerika & pemuzik Rock and RollCountry pada tahun 1950-an keseluruh dunia. Jeans hari ini sangat popular sebagai pakaian kasual di seluruh dunia. Pada asal nya jeans adalah pakaian kerja org amerika kurun ke 19. Di cipta oleh Jacob Davies, Calvin Rogers & Levi Strauss-org yahudi German-Amerika pada 1873. kain yg digunakan untuk membuat jeans pada asal nya adalah untuk membuat kem pekerja lombong. Tenunan & kain jeans itu berasal dari Genoa purba dimana ia dipanggil "Blue De Genes". Kain jeans tidak berwarna juga digunakan pada kapal layar & kadang kala kelasi membuat seluar dari fabrik jeans di panggil "dungarees".
Fabrik jeans denim berasal dari bandar Nimes Perancis & England di panggil " Serge De Nimes".






  



Gambar dari kulit buku "Jeans Of The Old West"
tulisan Micheal Harris.