Kembali Ke Masa Lampau

Kembali Ke Masa Lampau

US Navy sailor 1940's
Fenomena feshen & trend retro yang dihidupkan semula bermula sejak dari tahun 70an lagi. Feshen seluar bell bottom ialah feshen seluar uniform tentera laut Amerika yang bertugas era perang dunia. Seluar itu dibentuk sebegitu rupa supaya apabila kapal karam, kelasi kapal boleh dengan senangnya menanggalkan seluar itu didalam air laut sambil berenang menyelamatkan diri. Manakala muzik pada tahun 70an banyak yang berunsur folk, blues & funky artis Amerika di tahun 50an.

Satu revival (kemunculan semula) yang ketara pada akhir 80an bila muzik 'surfer' seperti dari zaman awal Beach Boys & Beatles dihidup kembali dalam bentuk muzik punk. Begitu juga dengan feshen seluar ketat dari zaman awal 60an.



Tahun 80an pula muzik & feshen revival tahun 50an & 60an kembali. Unsur Rock & Roll pada era itu kembali muncul dalam sesetengah rakaman album & video. Kita boleh melihat sendiri pada muzik video Billy Joel Uptown Girl & Shakin Steven 'You Drive Me Crazy" di mana pakaian & tarian mereka seperti tahun 1950an. Bukan sahaja muzik bahkan filem juga ada yang mengimbau ke 50an seperti American Grafitti, Back to the Future & banyak lagi.    


Tahun 1990an, muzik & feshen revival pula kembali ke tahun 1970an. Banyak lagu yang kedengaran seperti psychedelic funky akhir 60an. Pada tahun 2000 ke atas pula, feshen 80an kembali menjadi inspirasi & sumber idea kepada para pereka feshen, pencipta lagu & pemuzik.       

Pengaruh Rock barat kepada pemuzik Malaysia